Cara-cara Menghilangkan Gelap di Bahagian Intim

Ann pasti, ramai di luar sana yang memiliki kawasan intim yang gelap sedikit berbanding kawasan lain. Kalau bukan kawasan intim pun, di bahagian celah peha disebabkan pergeselan antara dua peha atau kesan daripada memakai seluar yang ketat.

Sumber: Google

bahagian intim

Siapa yang miliki masalah ni, mesti rasa kurang berkeyakinan kan, lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga. Tapi kalau yang belum pun, mesti nak persiapkan diri yang terbaik buat bakal pasangan, betul tak?

Sumber: Google

bahagian intim

Penjagaan Mahkota Wanita dengan Sumber Ayu

Mungkin ramai yang dah tau, Sumber Ayu mempunyai pelbagai rangkaian pencuci untuk mahkota wanita mengikut pengkhususan tertentu. Kalini Ann nak review tentang rangkaian terbaru, Sumber Ayu Triple Whitening Pearly White. Bukan satu tauu, tapi 3 kali pemutih semulajadi.

bahagian intim

Bahan-bahan semulajadi

Antara 3 kali ganda ekstrak pemutih semulajadi yang digunakan dalam Sumber Ayu ni adalah:

bahagian intim

  • Licorice – digunakan bukan sahaja di Asia, malahan di Yunani dan Mesir. Bertindak memberi tona kulit yang cerah

bahagian intim

  • Bengkoang – Mengandungi Vitamin B1 dan Vitamin C. Membantu memperlahankan proses penuaan serta memberi kulit yang lebih sihat dan cerah

bahagian intim

  • Susu – Mengurangkan perubahan warna, membaiki tona tidak sekata dan sekaligus mencerah kulit

Ann terpanggil untuk review kalini, sebab Ann nak share sendiri dengan korang kebaikan produk ni. Ann sendiri dah guna Sumber Ayu Triple Whitening Pearly White dekat 6 bulan. Hasil memang memuaskan. Yang Ann paling suka, sebab kesegaran lepas guna tu. Rasa bersih sangat! Oh ya, Sumber Ayu Triple Whitening Pearly White ni mengandungi antiseptik semulajadi untuk mengelakkan bakteria jahat, kegatalan serta bau yang tak best. Senang cerita, segar sepanjang masa. Kandungan pH Sumber Ayu Triple Whitening Pearly White adalah 3.5 yang mana dalam lingkungan pH normal bahagian intim wanita (3.5-4.5). Bebas elergen, sesuai untuk yang mempunyai kulit sensitif serta DIIKTIRAF HALAL. So, boleh pakai tanpa was-was ya..

Dengan Kayu Rapet dan Ekstrak Manjakani

Ha, yang ni yang dah berkahwin mesti suka. Bukan sahaja mengandungi Kayu Rapet dan Ekstrak Manjakani, tapi juga Sumber Ayu menggandakan kuantitinya tau. Kalau yang tak tau, kedua-dua bahan ni dapat membantu mengetatkan bahagian intim wanita. Lepas pakai nanti, Abang pun makin sayang.. Hehe

Kesegaran Wangian

Wangiannya pulak tak ekstrem, tapi cukup sedap dibau. Kira kalau pakai tu memang melekat lah kat tangan macam pakai sabun.

bahagian intim

Harga dan Saiz

Kalau tengok packaging pun nampak klasik je. Diilhamkan mengikut bentuk tubuh wanita, Sumber Ayu Triple Whitening Pearly White yang dibawakan oleh WIPRO UNZA ni boleh didapati di kebanyakan pasaraya dengan harga hanyalah RM 9.20 bagi 90ml dan RM 15.50 bagi 200ml. Ann suka pack kecik ni sebab boleh di bawa ke mana-mana. Senang kan.. Dalam bag mesti ada satu botol. Hehe

bahagian intim

So apa tunggu lagi, dapatkan Sumber Ayu Triple Whitening Pearly White di pasaraya berdekatan anda. Kalau kita sebagai perempuan tak jaga sendiri mahkota kita, siapa lagi kan? ❤️

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge