Cabaran Jom Kurus Musim ke-11 oleh Kevin Zahri

cabaran jom kurus

Siapa yang ada masalah berat badan mesti tau struggle nak kurus tu macam mana kan? Nak turun punya susah, tapi nak naik berat tu, petik jari je. Sebab tu penting untuk kita sahut Cabaran Jom Kurus, yang mana foundernya tak lain tak bukan, Kevin Zahri. Dijalankan sebanyak dua kali setahun, cabaran Jom Kurus 1 Malaysia dah masuk musim ke-11 dah pun (JK1M11).

Kenapa kena join Jom Kurus?

Ha, Ann nak bagitaula pengalaman Ann join Jom Kurus ni dah 2 musim. kenapa dulu dah join, sekarang join lagi:

  1. Paksa diri bersenam – yelah kan, kalau memang hari-hari bersenam ni takpe. Kalau jenis yang selagi takde “paksaan” takkan bersenam ni yang susah..
  2. Gaya hidup lebih sihat – Kalau sebelum ni kita takde perasaan pun nak jogging, taktau cara workout dan makan dengan cara betul, dengan Jom Kurus ni semua ni diajar dari A-Z. Tinggal diri sendiri je nak buat atau tak.
  3. Peluang berkenalan – ni pun best jugak.. Daripada duduk opis ngadap komputer tu, dengan Cabaran Jom Kurus ni bagi kita peluang berkenalan. Macam-macam background ada..
  4. Peluang bersukan – umur macam Ann ni, mana ada peluang lagi nak join sukan-sukan ni. Zaman belajar dulu mungkin lah kan.. So, melalui pertandingan Ohlimpik Jom Kurus, semua diberi peluang untuk bersukan dan mengamalkan team work.
  5. Tahu tahap fitness diri – ni penting bagi Ann. Kalau nak tau, Jom Kurus ni akan check fitness kita from time to time. Akan ada ujian larian dan sebagainya. Semuanya dicatat. So dari situ kita boleh tengok la tahap fitness kita ni improve ke ke laut. hehe..
  6. Bukan hanya untuk yang mempunyai berat badan berlebihan – walaupun nama je Jom Kurus, tapi ramai sangat yang kurus-kurus ni join tau. Nak tau sebab apa? sebab diorang mostly sedar , kurus tak semestinya sihat.
  7. Lebih 200 kawasan yang terlibat seluruh Malaysia – so apa lagi alasan korang taknak join? silap-silap ada yang buat dekat depan rumah korang je ha..

Best sangat. Kalau dulu malas workout. Sekarang siap boleh kurus dan fit. Package!

Ni antara komen yang Ann dapat lah kalau berkisar tentang Jom Kurus ni. Betul-betul cabar diri hehe

So, musim ke-11 ni Ann berpeluang sekali lagi untuk berganding dengan Team KLCC di bawah seliaan Kapten Black. So, macam biasalah, kena ragging.. hehe

Baca: Jom kurus 1 Malaysia!

Antara kenangan dengan pasukan..

Yang bestnya, Team Kapten Black ni dah tiga kali menang Ohlimpik, iaitu sukan yang diadakan antara wilayah jajahan team leaders.

Hasil tunjuk ajar dalam JK1M.. best ke tak best? hehe

cabaran jom kurus

Apa-apapun, perasaan bila turun berat badan tu memang tak boleh nak digambarkan lah. Yela, lagi-lagi dalam kategori susah turun senang nak macam Ann ni. Bersyukur sangat sebab program macamni dijalankan.

So apa korang tunggu lagi?

Nanti InsyaAllah Jom Kurus musim ke-12 akan bermula pada bulan Februari 2019. Cepat-cepatlah mendaftar. Seeloknya, diorang bukak je pendaftaran, terus register. Sebab selalunya akan ada early bird discount.. haaa memang berbaloi.

Untuk maklumat lanjut korang boleh check it out:

Website: https://cabaranjomkurus.com/

Facebook: https://www.facebook.com/zahri.kevin

Instagram: https://www.instagram.com/kevinzahri/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge