Jom kurus 1 Malaysia!

Assalamualaikum & Hi Sunshines! Semoga hari ni lebih baik untuk semua! So harini Ann nak share program terbaru yang Ann join, Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) oleh Kevin Zahri. JK1M ni sebenarnya dah masuk edisi yang ke 10 (JK1M10).

Lokasinya ada banyak, tak silap Ann ada di setiap negeri. Ann pilih untuk join di KLCC yang mana coach nya adalah antara yang terbaik, Kapt Black.

So ni dah minggu ke 3 Ann join JK1M ni. So far, so good, Alhamdulillah. Minggu pertama Ann tak sempat join apa-apa workout sebab sangat busy. Sempat datang untuk timbang berat bagi sesi pertama je. Ann pilih untuk timbang hari rabu. Oh ya, sesi workout bersama JK1M ni dijalankan sebanyak 3 kali seminggu dan berterusan sehingga 6 minggu.

Masuk minggu ke dua, baru lah Ann dapat konsisten datang, Alhamdulillah. Memang berpeluh lah hari-hari.. Tapi berat tak turun pun hahaha bukan salah JK1M, tapi sebab Ann sendiri tak ada kesedaran.

Bila makan tu melantak saje.. Kalau orang lain pantang makan, Ann pantang hidang.. hahaha

Ni masuk minggu ke 3. Petang ni sesi timbang lagi. Sejak baru muncul kesedaran beberapa hari yang lepas, Ann dah mula kawal pemakanan ikut saranan coach. Setakat ni Alhamdulillah, rasa ringan sikit badan. Tapi sesi timbang petang ni lah yang menentukan turun ke tak.. hehe kalau tak turun 1 kg setiap minggu, kena bayar RM10.. Nak taknak, kena lah effortful kurangkan berat..

Oh ya, minggu ke 2 haritu kami diarahkan untuk buat pledge & tampal kat dinding, kira macam aku janji lah.. kalau tak turun jumlah berat dalam masa 6 minggu tu, penalti apa nak bagi kat diri sendiri. Salah satunya Ann “hukum” diri sendiri tak boleh pergi hiking selama 3 bulan.. adusss.. dah submit dekat coach baru rasa sesalan.. ada yang tanya ” kenapa hukum diri tak boleh pegi hiking?” Jawapan Ann, sebab tu je yang mampu buat hati ni luluh.. haha hikers faham lah kot perasaan ni.. kalau hukum benda lain, Ann boleh senyum je lagi.. so harap-harapnya Ann cukup konsisten lah untuk buat penurunan berat badan & dapat terus hiking macam biasa.

Sebab kejap lagi dah nak timbang, ni pencapaian terbaik Ann semalam. Dengan harapan dapatlah kurangkan kalau bukan gemuk lemak, gemuk air pun jadi lah hahaha..

Apa-apa pun, semoga hari-hari mendatang dipenuhi dengan gaya hidup yang lebih aktif & sihat. Jom sama-sama kita ? ❤

Comments

    1. Post
      Author
  1. Pingback: Tetimonials: Izyan Balqis – Kapten Black

  2. Pingback: Cabaran Jom Kurus Musim ke-11 oleh Kevin Zahri - Ann Noura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge