Menu

Hiking: Lata Cermin

7 Comments


27012018-28012018 | Lata Cermin, Gerik Perak

Lata Cermin bukanlah gunung. Siapa yang mencari ketenangan dari aliran air terjun, boleh try ke sini.

Btw, pesanan pihak penaja, agak² malas nak baca panjang & nak cari time log je, boleh terus scroll ke bawah. ⅔ posting ni berbentuk penceritaan.

Untuk trip ni, Ann polo direct dengan Mr Guide, iam_yogisenpai yang mana masatu beliau ni bawak trip team Halot. Sikit masalah dengan carpool, mujur Ann dah kenal dengan gogo Halot ni, Sidi masa dekat trip Trans Batu, jadilah menempel dekat kereta dia ikut sama journey dari Kolumpo ke Gerik.. kalini kali ke-2 Ann bawa Mira hiking sekali, yang mana kawan Ann since study degree dulu. First time camping katanya hahaha but you survived right ?

Oh ya, trip ni agak mencabar bagi Ann. Kenapa mencabar? Bagi Ann, part yang paling paling palinggg mencabar yang mana separuh , atau at least ⅓ perjalanan ni anda akan dipenuhi dengan PACAT! Bila Ann kata penuh, SERIOUSLY I MEAN IT. Tak kira lah 1 minit sekali kita cabut pacat-pacat tu, tunduk lagi tengok mesti dah ada yang baru yang melekat. Adoii ganas betul pacat dia.. bersedia untuk bertarung ye.

Pinjam kaki orang je mampu.. kalau kena macam ni mau menangis tak berlagu kat situ haha

Mana-mana checkpoint untuk regroup, confirm topik hangatnya “pacat”. Dengar lah 1001 bebelan semua line up celah mana pacat tu dah “explore” hahaha. Pacat berkurang/hampir takde bila dah melepasi sungai yang pertama (dalam 2 jam pertama perjalanan).

Kalau taknak kena gigit, Ann boleh suggest pakai stokin bola selapis (masukkan seluar kat dalam stokin), stokin paras buku lali selapis. InsyaAllah selamat. Ann kena pun masa hari ke 2 dekat kemsite, dia naik kat kaki masa tengah rest. Memang sah sahlah tak pakai stokin.

Contoh cara pemakaian.. masukkan seluar dalam stokin. InsyaAllah tipis harapan pacat-pacat tu nak menyelinap..

Oh ya, nak lagi selamat, pakai seluar tight & baju inner. At least payah lah sikit pacat-pacat tu nak “meneroka” kan..

Dekat kemsite tu pun patutnya tak ada pacat, atau mungkin ada tapi tak berapa nk banyak. Cuma tulah, kan kitorang ke sana dari starting point, so yang melekat-lekat kat seluar, kaki, baju & badan tu ikut lah sekali ke kemsite. Sobs. Ann kena beberapa das, dah masuk 3 minggu pun tak hilang sepenuhnya lagi gatal.. part ni yang paling seksa sebenarnya. Part menggaru!

Cabaran yang kedua, dengan jarak 17.8km dari starting point ke lata (total 35.6km pergi balik), track dia dipelopori oleh “roller coaster” style. Tak extreme, cuma terlalu banyak naik turun. Ada yang kira tak salah dekat 20 kot naik dan turun. Bak kata mat salleh,

“It’s a long long long journey babe” – Sidi.

Actually, pada Ann, part yg ni Ann ok lagi, mungkin sbb Ann sejenis tak tahan bila track pacak lama-lama. So bila menurun/mendatar tu Ann anggap sebagai diskaun. Tengok lah, lain org, lain pendapat kan.

Hari pertama tu berakhir di kemsite dalam jam 2pm macamtu. Esok pagi baru sambung ke lata. Katanya boleh je sambung hike ke lata pada hari yang sama, tapi Mr Guide terpeleot pulakk elok sampai kat kemsite. Bertabahlah..

Muka org injured..

Malam tu sementara tunggu Encik-encik guides semua memasak, orang hulur tengok cerita KL Menjerit, kita layaaan…

Esok dalam 9.40 am macamtu, line up semua start gerak ke lata. Perjalanan ambil masa dalam 45 – 1½ jam tak salah Ann, ikut pace masing-masing.

Air terjun buat sajian mata masa dalam perjalanan ke lata..

Tepat jam 10.20 am, Ann tiba di lata. Aduh, jatuh cinta. Almaklum, lama dah xlayan air terjun yang best macamni.

So, ni lah air terjun Lata Cermin..

Cantikkan…

Pukul 11.40 am Ann gerak turun balik ke kemsite. Ikut pace Ann, dalam 25 minit perjalanan. Kemas-kemas barang, start gerak turun ke starting point jam 2pm.

Masani yang Ann tau, Ann nak lari. Sebab ikutkan agak terlambat & Ann takut keluar malam. Nanti pewai dia lain macam. Mode masani:
Menurun – berlari
Menaik – merangkak 😅

Non-stop, cuma pace je berubah. Dalam 3 jam macamtu, Ann berjaya sampai ke starting point pukul 5pm. Alhamdulillah dapat keluar sebelum gelap.

Kalau perlukan, ni time log/summary keseluruhan perjalanan Ann haritu, tapi diingatkan, ni ikut personal pace Ann ok. Bukan pace group & lain orang, lain pace. Untuk buat rujukan check point pun ok:


Total distance travelled: 35.6km

Level: Medium

Track: “roller coaster” style with around 20 times ascending & descending

Day 1

8.00 am – 9.50 am (1hr 50min): Starting point – Simpang Y

Regroup + pesta buang pacat besar- besaran

10.20 am -10.30 am (10min): River cross 1

Rest + Breakfast

11.15 am- 12.00 pm (45min): River cross 2

Regroup

12.15 pm – 12.50 pm (35min): River cross 3

Regroup

1.35 pm – 1.45 pm (10mins): River cross 4

1.45 pm – 2.00 pm (15min): Kemsite

Day 1

Total on track hours: 6 hrs

Total hiking hours: 3 hrs 45 mins


Day 2

9.40 am -10.20 am (40 min): kemsite – Air terjun Lata Cermin

Tiruk (orang lain lah, kita takut air dalam-read: takreti berenang) + snap gambar

11.40 am -12.05 am (25min): Air terjun Lata Cermin – kemsite

Kemsite – lata – kemsite

Total hiking hours: 1 hr 5min

Packing/ lipat khemah/ lipat fly ground

2.00 pm -3.15 pm (1 hr 15min): last river cross (terlepas log 3 sungai sebelum tu)

3.15 pm – 3.25 pm (10min): simpang Y

3.25 pm – 5.00 pm (35min): starting pt

Kemsite – starting point

Total hiking hours: 3 hrs (non-stop)


Sesampai je kat starting point tu terus cabut pacat-pacat yang melekat & pegi mandi. Lega rasa! Kira-kira, Ann kena attack (pacat) 4 spots, satu kaki kiri, satu kaki kanan, satu lengan kanan, & satu kat leher. Tu pun cukup lah dia punya gatal. Orang lain kena sampai 40 das tu Ann taktau lah cemana. Lepas mandi, pekena pulak sup campur. Aduh, heaven nya!

Apa-apa pun, yang Ann boleh cakap (tolak pacat), Ann enjoy gila trip ni. Penat training hari-hari untuk ni. Haha lepastu air terjun dia puas hati lah. Haritu bulan 12 pegi air terjun Sg Pandan dekat Kuantan, tak berapa nak best sebab cetek sangat + bila pijak, ada daun penuh dekat dasar. Ann ni dahlah sejenis yang rasa insecure, kot karang keluar kala jenging ke , dinasour ke kan, naya..

Mungkin ada je air terjun yang cantik yang lain, cuma yang ni pada Ann still rare & tak banyak orang post pegi ke sini. So best lah explore tempat baru.

So kitorg lepak kedai makan dekat starting point tu sampai dalam pukul 8.00 pm macamtu, then kitorang gerak la ke alor setar pulak. Next, target ke Bukit Mokcun. Ann berjaya racun Sidi singgah Mokcun dari masa deal untuk carpool lagi. Haha lawanya Mokcun. Tak nyesal langsung pegi. Naik kitorang buat dalam 10 mins macam tu je, lepak kat atas 3 ½ jam. Punya nikmat hidup! Nah Ann payung satu gambar. Tengok cantik ke tak cantik lol

Kalau rajin, Ann buat satu entry pasal Mokcun. Kalau tak rajin, tatap jelah gambar ni yek, tak pun boleh check it out dekat facebook & instagram Ann. lol alright guys, till next entry! ❤

Facebook: www.facebook.com/annnouraa

Instagram: www.instagram.com/annnoura

7 thoughts on “Hiking: Lata Cermin”

  1. dinasour celah daun dalam air? hebat nau dinasour tu..hahahaha!!

    xley bayangkan kena pcat, sebab tahu kegatalan dia tahap macam mana..rasa nak kuntil dengan pisau bagi cabut bisa!

    tak suka trek turun naik turun naik, kalau naik gunung orang cakap puncak tipu, tapi kadang2 rasa puas hati jugak kalau ada part menurun, legaaa

    1. Ann Noura says:

      Dinasour kecik hehehe..

      Yup, malam2 tgh tido duk garu tanpa sengaja huuu

      Tak puncak tipu sgt trek yg ni, sbb dia tak tinggi pun. Cuma byk menaik n menurun. Try lah pegi baru tau hehe

  2. ziggnoand brmpn xcdkiqj daot fukwmvspkxdcmqj

  3. 439065 255871Wonderful post man, keep the nice function, just shared this with my friendz 911889

  4. Tuzilac says:

    370883 825839Fantastic post will likely be posting this on my blog today maintain up the great work. 328766

  5. 360224 533595Slide small cooking pot within the cable to make it easier for you to link the other big wooden bead for the conclude with the cord. 168109

  6. buy clomid says:

    933245 186120Thanks for taking the time to discuss this topic. I genuinely appreciate it. Ill stick a link of this entry in my blog. 172652

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: