Mahal sangat ke steak di Me’nate?

Assalamualaikum & Hi guys!

Selalu dengar Me’nate Steak Hub? Siapa yang taktau kan, Steak house yang mana viral satu masa dulu sebab hal Mr. AA. Hehe lepastu pulak, mesti ramai yang dah tau pemiliknya merupakan pakar daging (Master Butcher) yang berkhidmat kepada Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London suatu ketika dulu.

Oh ya, sebut je Me’nate, tak kurang juga yang skeptikal, “alahhh kedai steak harga ribu-ribu sekali makan tuu“. Betul ke semua hidangan dia macam tu ?

Dekat sini Ann nak jelaskan, Me’nate bukan lah 100% seperti yang orang kata tu. Senang cerita , Me’nate menyajikan hidangan dari middle to high end class.

Dengan kualiti daging yang tinggi, anda boleh dapatkan serendah harga RM50+ untuk hidangan steak di sini. Anggaran berat daging antara 220-260g macam tu. Lebih dari cukup untuk dinikmati tau tu.. Hidangan lain pula ada sehingga serendah RM30+ macamtu je.. So siapa kata rakyat marhaen tak boleh masuk Me’nate?

Yang tambah lagi best dekat sini selain kualiti yang sangat terjaga, harga yang kita bayar hanyalah untuk harga daging sahaja. Tukang masak yang hebat dekat sini akan masak secara percuma, berserta dengan side dish sekali.

Contoh hidangan beserta side dish seperti mashed potato dan sebagainya..

Apa lagi yang percuma?Air minuman. Free refill. Masa Ann pergi ada air iced lemon tea & jambu batu. Tambahan lagi, daging-daging di sini pun kita sendiri yang tentukan nak yang mana satu. Maksudnya, kita pilih daging yang dah siap di-pack, nanti chef akan masakkan. Tak macam di sesetengah tempat yang kita hanyalah order mengikut menu, alih-alih dah sampai dah hidangan di meja. Yang ni kira lebih puas hati lah. Haa tengoklah sendiri, nak yang banyak lemak ke, byk daging ke kan..

Peti pilihan daging.. hehe

Oh, pernah dengar daging Wa’gyu? Daging premium tu.. Kat sini pun ada dijual (mengikut stok). Daging di sini diimport dari Australia & Jepun, dan menjalani proses yang rumit ketika diimport bagi jaminan Halal untuk kita semua.

Di Me’nate, proses pemotongan daging, perapan, packing semua dibuat sendiri oleh pekerja di sini. Kami siap terjah lagi dapur & pusat pemotongan daging mereka. Yang Ann boleh cakap, tempat dia bersih. Tak ada rasa ragu-ragu nak makan.

Kat sini bukan hanya ada dijual daging sahaja. Cakap je nak apa, ikan, ayam, coleslaw, spageti, kek, semua ada di sini.

Ikan siakap dia, fuhh win betul! Dahlah fresh, lembut je isinya..

Hidangan ayam yang superb..

Sejak dah masuk dapur & pusat pemotongan dia, Ann jadi lagi yakin apa yang dibayar tu adalah berbaloi. Oh lagi satu, baru-baru ni pun Me’nate Steak Hub baru je meraih dua anugerah; “Malaysia International Business Award 2017 – Excellence In Western Steak House ” anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada tahun 2017, dan yang terkini pada Januari 2018 yang lalu, “The Brandlaureate Best Brand in F&B – Steak House 2017-2018 “, anjuran Asia Pacific Brands Foundation.

Bayaran berbaloi dengan kualiti. Rasanya pun, perghhh.. chef-chef dia pun bukan calang-calang. Mestilah, kalau dah owner pun pernah kerja dengan istana kan..

So, kepada yang berminat, Me’nate Steak Hub ada cawangan di Setapak, Shah Alam, Ampang Jaya & Bandar Baru Bangi. Try lah pergi, serious berbaloi, tak tipu! Haha okay then, selamat mencuba ! ❤

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  1. Pingback: Tahniah!! Me'nate Steak Hub Terima Dua Anugerah - KBBA9.com

  2. csgo accounts

    132974 828108Im glad I discovered your post. I would never have made sense of this subject on my own. Ive read a few other articles on this subject, but I was confused until I read yours. 201719

  3. 1uodiyala

    32056 919993I think other web site proprietors really should take this internet internet site as an example , very clean and great user genial style . 885064

  4. archiwnetrze.pl

    460596 221492Hmm is anyone else experiencing troubles with the images on this weblog loading? Im trying to locate out if its a difficulty on my end or if its the weblog. Any responses would be greatly appreciated. 661274

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge