Hiking: Trans Jerging Reverse

#throwback setahun yang lalu, Februari 2017. First time Ann polo mastaa @burhandin punya trip. Trans Jerging 2h1m.

Masani baru start nak berjinak rapat dgn dunia hiking. Bulan Januari gigih buat daypack Yong Belar, rasa macam dah habis padu lah treknya masatu 😅 masta burhan perasan masa Ann post kat facebook & ajak Polo trip Trans Jerging & YB3B [Yong Belar, 3 Boundaries] (April 2017). Oh ya, trip YB3B tu lah yg beliau ajak kita, tapi dia yang lipat. Mujur jerging ni tak lipat jugak kalau tak kulipat-lipat saja tuan empunya badan..

Berbalik pada trip Jerging, berbekal nasihat “banyak² training” yang tak sempat nak ikut tu, redah terjah je berbekal tin² sup kambing, sambal kupang & kari ayam sebagai ration. Masatu fefeeling sangat nak nikmat makan dekat puncak, sanggup pikul tin naik turun..

Trans Jerging Reverse. Bermula dari “penemuan” Gunung Pass [1587M / 5206Ft], ambil masa dalam setengah jam je dari starting point. Timing tak salah dalam 10.30 am dekat sini..

Lepak breakfast kejap, perjalanan kami diteruskan lagi ke Gunung Yellow [1667M / 5469Ft]. Masani matahari dah tegak atas pala oii, dengan sampai-sampai macam “laa ni je puncak dia?” Dengan signage dah berderai, mujur turun sikit ada view point. Snap la few pics sambil layan view osem. Beg siapa tu pun taktau. Main duduk je yang penting snap gambar. Haha

Turun ke bawah sikit ada view point..

Maaf, bagi yang mencari, time log trip ni gagal ditemui. Serious puas cari time log tak jumpa, tak ingat pun buat ke tak haha. Kalau anda mencari time log, mungkin anda salah tersalah posting.. Bab timing, yang mana ingat je blh diceritakan. Kalau x salah, dalam 2.30pm mcmtu perjalanan diteruskan ke kemsite, iaitu puncak Irau. Kat sini lah antara mossy forest yang lawa Ann pernah jumpa. Dia bukan guna jalan yang sama dengan naik single Irau dari Brinchang tu ya guys. Lalu jalan lain..

Jalan punya jalan, dalam 7.30 pm macamtu sampai lah satu puncak tipu ni.. Innalilah punya pacak. Kalau buat reverse, jumpa puncak tipu ni kiranya dah dekat lah tu nk sampai irau tu. Dah cucuk-cucuk tanah dah masa tu sebab pewai.. haha.. Kalau jerit dari situ, yang tiba dah di campsite boleh je sahut. Kiranya boleh dengar lah walaupun sayup-sayup..

Kejap tu berhenti layan penat + seorang line up mengazankan maghrib, perjalanan yang rasa jauhhnyaaa tu berakhir (camping) di puncak Gunung Irau [2110M / 6922M] yang super sejuk (tiada waterpoint). Jangan tanya kami mandi ke tak.. hahhaa.. Angin kuat meniup² fly siap hujan pulak turun, satu malam menggigil tak ingat punya.. Masani baru nak belajar faham sejuk dalam hutan tu mcm mana. Pakai sleeping bag pun yang 25°C, memang separuh mati lah tak boleh nak lelap mata 😅. Tanah pulak separa senget, kejap² melorot alih-alih je separuh kaki dah basah kena hujan hahaha

Berbekalkan tidur yang tak sampai sejam pun kot kalau ditambah-tambah, perjalanan hari ke dua diteruskan ke puncak Suku. Jauh juga lah hari ke-2 tu. Xsalah dalam pukul 10.30am start dari puncak irau, pukul 5pm di puncak suku.

Bonsai dalam perjalanan Irau ke Suku 3 gegadis trans jerging.. So, nilah puncak yang terakhir, Gunung Suku [1797M / 5896Ft] bagi trip Trans jerging Reverse. View mashaAllah. Masani rasa one of the best lah. Almost 360° view kan? Tapi luas-luas mata memandang pun, luas lagi bila melihat pakai mata hati. Aicehh.. Keluar hutan hari dah gelap. Sebab trans, jadi tak keluar ikut jalan yang sama. Ended up dekat tepi jalan , powil “kutip” dekat situ. Berakhirlah trip this time. Coordinate turun dari Suku.. Soalan yang orang rajin tanya, “Tak penat ke?” Jawapan Ann mudah je. Penat memang penat, tapi bila dapat view MashaAllah, hilang segala sakit hati eh sakit urat sendi tu. Trans Jerging | 04022017-05022017 #hikewithpassion #annnourahikingjourney

Comments

    1. Post
      Author
  1. scribd sheet music

    423694 929547His or her shape of unrealistic tats were initially threatening. Lindsay utilized gun 1st basic, whereas this girl snuck outside by printer ink dog pen. I used completely certain the all truly on the shade, with the tattoo can be taken from the body shape. make an own temporary tattoo 380290

  2. SEO agencies

    425288 405619When I originally commented I clicked the -Notify me when new surveys are added- checkbox and from now on whenever a comment is added I purchase four emails sticking with exactly the same comment. Maybe there is by any means you could get rid of me from that service? Thanks! 711245

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge