Serahan Kad Digital NGO Negaraku – Kelab Sahabat Persaudaraan

Hi guys, dalam entry sebelum ni Ann ada dah  pernah share berkenaan dengan Kelab Sahabat Persaudaraan ni. So bagi lebih memahamkan Kelab Sahabat ni berkaitan apa, boleh baca sini.

KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN: MAJLIS PENYERAHAN KAD NGO NEGARAKU

Event yang bertarikh 11 Februari 2018 kalini bertempat di Dewan Perdana Felda. Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) telah mengadakan satu program Komuniti Digital yang bertujuan untuk menyerahkan Kad NGO Negaraku kepada lebih 50 NGO yang hadir pada hari tersebut. Sebanyak 30 ribu kad disediakan oleh pihak KSP dan akan diedarkan secara percuma kepada badan-badan NGO dan koperasi yang berdaftar.

So dalam program Komuniti Digital NGO Negaraku kalini, pihak KSP turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku, yang sangat easy access oleh pemegang Kad NGO Negaraku di mana sahaja. Melalui app ini pemegang kad akan dapat menikmati pembelian barangan terpilih dengan harga istimewa.

Antara tujuan utama Mobile App NGO Negaraku adalah untuk membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok. Mengikut Dr. Mohd. Zamri Noordin Pengasas Kelab Sahabat Persaudaraan,  program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.

 

KARSPERSKY TURUT TERLIBAT

Sebagai permulaan, terdapat beberapa syarikat turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah EZ Ride, Karspersky, Comfort reflexology dan lain-lain.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Bahagian Ampang), Datuk Abdul halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro ‘Reapid Response’ GST Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Fatah Abdullah, Presiden Angkasa, wakil-wakil persatuan, ahli-ahli, pengeluar produk dan lain-lain.

 

PRINSIP PROGRAM KOMUNITI DIGITAL NGO NEGARAKU

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh KPP berteraskan 3 Prinsip:

  1. Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital perteraskan semangat Negaraku.
  2. Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
  3. Mendidik masyarakat datuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

Jadi, untuk maklumat lanju mengenai program Kad Digital NGO Negaraku , sila layari :

www.kadnegaraku.com.my

Maklumat mengenai kelab Sahabat Persaudaraan :

FB : https://www.facebook.com/kspmalaysia

Alamat KSP:

No. 1, Wisma Dani, First Floor, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Tel/Fax: +603-92029711

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge