Noraniza Idris Bakal Gegar Malaysia & Singapura

noraniza idris

Noraniza Idris bakal gegar Malaysia & Singapura

Kalau sebut je nama Noraniza Idris, siapa tak kenal kan? Lagi-lagi yang 90s ke bawah ni.. Legend tuu.. Ann dari kecik memang membesar dengan lagu-lagu irama etnik Malaysia dari beliau yang lebih mesra dipanggil kak Ani..

Noraniza Idris

So, Selasa, 5 Mac 2019 yang lepas Ann diberi peluang mengikuti sidang media bersama Noraniza Idris yang bertempat di Kompleks Kraf Tangan, Jalan Conlay.

Noraniza Idris
Noraniza Idris

So, kepada peminat-peminat Noraniza Idris, Ann bawa good news ni! Tak lama lagi, beliau akan mengadakan konsert Siri Jelajah Malai Solo 2019/2020 menerusi program Fleastar bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2019 (HKK2019).

Siri jelajah ni merupakan hasil kolaborasi Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan Harithmai Production (HMP).

Noraniza Idris

Malai Solo Tour Noraniza Idris: Mengangkat Irama Malaysia

Untuk pengetahuan, misi dan objektif penganjurannya adalah untuk mengangkat irama Malaysia di dalam industri muzik Malaysia secara global, di samping membawa tanggungjawab sosial bagi menyemarakkan semangat patrisiotisme kepada generasi dari semua peringkat umur dan bangsa.

Noraniza Idris

Sawo Matang: Noraniza Idris Special Showcase

Sawo Matang Special Showcase yang akan berlangsung pada 12-14 April 2019 di MATIC Kuala Lumpur adalah sebuah program modal insan yang digarapkan melalui aktiviti bengkel dan persembahan pentas sebagai acara kemuncak. Pengisian persembahannya menterjemahkan sebuah perkampungan budaya Melayu melalui proses peralihan kedatangan pelbagai kaum membentuk satu keunikan dari gaya, bahasa pertuturan, pakaian, gerak tari, nyanyian dan muzik.

Konsep Pentas Alam Semulajadi

Yang menariknya nanti, konsert ini akan diadakan dengan berkonsepkan pentas alam semulajadi. Pentas akan dihiasi dengan taman dan pokok-pokok melambangkan “Malaysian Garden” dan dihiasi dengan prop yang mempunyai elemen 6 etnik Malaysia.

Konsert Terbahagi Kepada 8 Segmen

6 darinya adalah persembahan pembukaan, manakala dua lagi dari acara penutup.

Acara Pembukaan

Memaparkan transformasi keunikan budaya 6 kaum terbesar di Malaysia dan punca kedatangan menerusi sejarah yang akan digarapkan menerusi koreografi kreatif, sokongan visual grafik, pakaian, tarian, nyanyian dan teknikal audio dan tata cahaya. Segmen kedua memperkenalkan bunyian unik dari gabungan kreatif memainkan irama-irama berlainan elemen. Diihiasi tarian dan nyanyian artis utama dan himpuan 100 artis budaya “Malay world Cultural Paradise” . Turut diwarnai persembahan artis-artis baru yang seiring dengan konsep

Acara Penutup

Menggabungkan dua vokal tradisional Malaysia dalam acara nyanyian dan persembahan duet Noraniza Idris bersama Azizul Haqiem (Juara program realiti 3 Juara TV3). Kemudian, Persembahan Joget akan mengakhiri konsert yang akan berlangsung selama 2 jam ini.

Noraniza Idris

Siri Jelajah #SaveIramaMalaysia

Program Fleastar Noraniza Idris ni merupakan permulaan yang baik untuk memperkenalkan siri jelajah #SaveIramaMalaysia dan memperkenalkan program “Malay World Cultural Paradise” (MWCP) bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2019 (HKK2019).

Noraniza Idris

Objektifnya adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan ilmu kemahiran bagi menjana pendapatan jangka masa panjang di samping menyemarakkan semangat cinta seni dan budaya di kalangan pelapis. Siri Jelajah ini tidak terhenti di sini sahaja malah kolaborasi ini akan diteruskan ke beberapa lokasi dan aktiviti dalam kalender seri jelajah seperti berikut:

  • 1. Sawo Matang ~ Noraniza Idris Special Showcase: 12-14 April 2019, MATIC Kuala Lumpur
  • 2. Fleastar Aidil Fitri: 6 Mei – 4 Jun 2019, Bangi Selangor
  • 3. Fleastar Merdeka: 2-4 Ogos 2019, Bulatan 18 Amanjaya & Casuarina Hotel, Ipoh Perak
  • 4. Farquhar dan Kala Jengking (Teater Kanak-kanak MWCP oleh Pemenang Pertama Sayembara Menulis Teater Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa & Pustaka): 29, 30 November – 1 Disember 2019
  • 5. Iktiraf ~ Noraniza Idris in Concert (Singapura): 9 November 2019
  • 6. Jejak Budaya Noraniza Idris (Travelog 13 episod di 13 negeri seluruh Malaysia) : 21 Jun – 20 Julai 2019
  • 7. Akar Kita Zapin 2019: 12-14 Oktober 2019, MATIC Kuala Lumpur
  • 8. Malai Solo ~ Noraniza Idris in Concert: 2-4 April 2020, Istana Budaya Kuala Lumpur
Noraniza Idris

Antara program yang berlangsung sepanjang Fleastar adalah Fleastar Idola dan Fleastar Tarian Traditional / Etnik Kreatif..

Antara pemenang-pemenang..

Noraniza Idris
Fleastar IDOLA, Juara 1-3

Baca: Sanggup turun berat badan demi siri jelajah

Untuk tiket Sawo Matang: Noraniza Idris Special Showcase di MATIC Kuala Lumpur berharga RM99, RM119, RM139, RM169 dan RM189 boleh didapati dengan menghubungi:

Harithmai Production (HMP) di talian
019 339 1445 / 018 871 4305
atau
(Whatsapp)
011 377 00894 / 018 398 1810.

Fuhh tak sabar nak tunggu. Cepat-cepat grab tiket ye, nanti habis jangan menyesal!

Baca: Biousahawan 2019: Bantu Usahawan Agro dan Bio

Comments

  1. Pingback: Best Western I-City Shah Alam Ramadhan Buffet 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge