Menu

Biousahawan 2019: Bantu Usahawan Agro dan Bio

0 Comments


Anda usahawan dalam sektor agro dan bio?

Rabu yang lalu, Ann diberi peluang mengikuti pra-pelancaran Biousahawan 2019 yang diadakan di Ibis Hotel Kuala Lumpur, Jalan Yap Kwan Seng.

biousahawan 2019

Biousahawan 2019 merupakan usahasama Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) bersama Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) bagi menggalakkan individu memohon status BioNexus untuk amalan pertanian mereka.

Konsep BioNexus telah diperluaskan dari sektor BioKesihatan, BioIndustri dan AgBiotech kepada komuniti pertanian. Yang mana, perluasan liputan ini memberikan kelebihan; membolehkan akses kepada teknologi, insentif kewangan, kemudahan dan jaminan lain.

biousahawan 2019

Biousahawan 2019 sebagai Platform Strategik

Biousahawan 2019 merupakan satu platform untuk syarikat, usahawan tempatan, syarikat permulaan dan Perbadanan Kecil Sederhana (PKS) akan diadakan di KL Convention Centre pada 15-16 Mac 2016. Expo ini diadakan dengan tujuan untuk berdagang serta mempromosikan produk terutama dalam sektor agro dan bio.

Memacu Kualiti Berdaya Saing

Dr. Shuhaizam Mohd Zain selaku Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp berkata,

” Bioeconomy Corp bukan sahaja komited dalam memacu produk/perkhidmatan berasaskan bio dan agro tempatan ke arah kualiti yang lebih berdaya saing, malah berusaha untuk meningkatkan jumlah pelaburan swasta dalam pertanian komersil. Dalam masa yang sama, memperluaskan saiz pasaran dan mencipta tenaga kerja terutamanya untuk usahawan muda serta industri tempatan untuk berkembang maju. “

biousahawan 2019

Usaha Meningkatkan Produktiviti Aktiviti Pertanian

” Kami akan menumpukan usaha kami ke arah menggalakkan aplikasi teknologi untuk meningkatkan produktiviti dalam aktiviti pertanian, terutamanya untuk beras, akuakultur dan bahan mentah, serta mengurangkan pergantungan dalam import input pertanian ” – katanya lagi.

Kajian telah diadakan dan menunjukkan sebanyak 60% pengguna memilih untuk menggunakan produk bio tempatan. Angka ini dijangka meningkat kepada 80% menerusi expo BioUsahawan 2019 ini.

Menurut kajian tersebut, tiga kategori barangan berasas bio tempatan yang paling mungkin dibeli oleh pengguna:

  1. 1. Produk penjagaan diri (>70%)
  2. 2. Produk penjagaan kesihatan
  3. 3. Makanan dan minuman

Manakala faktor pendorong pembelian pula:

  1. 1. Maklumat produk yang mencukupi (>70%)
  2. 2. Kualiti
  3. 3. Keperluan

Peluang Besar Melalui Biousahawan 2019

Kesemua faktor di atas perlu diambil kira oleh para usahawan, dan Biousahawan 2019 memberi peluang yang cerah untuk mereka meneroka peluang pertumbuhan perniagaan.

biousahawan 2019

Bioeconomy Corp mensasarkan lebih 10,000 pengunjung ke BioUsahawan 2019. Jadi rugi sangatlah kan kalau ushawan dalam sektor agro dan bio tak turut serta. Bagi yang berminat untuk menyertai BioUsahawan 2019 yang akan berlangsung tak lama lagi, bolehlah terus hubungi :

biousahawan@bioeconomycorporation.my

Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179
Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384

Untuk penajaan, sila hubungi:

syahirah.adnan@bioeconomycorporation.my

Cik Syahirah: +603 2116 6499

atau juga boleh layari,

Laman Web :
http://www.bioeconomycorporation.my/biousahawan-2019/
Facebook :
www.facebook.com/BioeconomyCorporation
Instagram :
www.instagram.com/biousahawan/
Twitter :
twitter.com/bioeconomycorp

Perihal Bioeconomy Corp

Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) merupakan agensi pembangunan ekonomi utama bagi industri berasaskan bio dan agro. Ia adalah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Bioeconomy Corp berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) sejak November 2018.

Bioeconomy Corp menyediakan perkhidmatan sokongan, fasilitasi dan khidmat nasihat untuk syarikat sains bio, agro dan sains hayat di Malaysia.

Baca: Malaysia Halal Expo 2019

Tags: , , ,

1 thought on “Biousahawan 2019: Bantu Usahawan Agro dan Bio”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: