Kedai Spec Viral Terlajak Murah Sungei Wang | Eye Pro Vision

Sejak akhir-akhir ni Ann perasan hari-hari rasa sakit kepala.. Berdenyut-denyut! Almaklumlah, hari-hari menghadap laptop sebab tengah duk usaha nak habiskan Master journey Ann ni yang dah lama tertangguh. Dah siapkan thesis, viva pulak menanti.. Ended up, bukak spec, tidur. Penyelesaian mudah, tapi sampai bila? Ann fikir mungkin ada masalah dengan mata ke kan.. So Ann decided untuk pergi kedai cermin spec, risau kalau-kalau power naik.. tapi kalau boleh nak yang murah-murah jela kan sebab baru je buat spec baru haritu.. Kebetulan baru-baru ni tengah duk viral pulak kedai spec murah dekat Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang.

Eye Pro Vision

Senang je nak datang sini rupanya.. Naik MRT atau LRT dan turun je dekat stesen Bukit Bintang. Jalan tak sampai 5minit pun dah sampai Sungei Wang Plaza ni..

Bila sampai je kedai, terus nampak banner RM65 bingkai + cermin.. Menarik sangat harga ni, so Ann pun masuk.. Rupa-rupanya kedai yang Ann pergi ni merupakan cawangan yang ke-7 dah pun dan baru je dibuka! Dah sampai 7 tu tanda-tanda baik lah kan.. First impression “Mesti dah biasa dan terlatih pekerjanya..” Ann bukan apa, fobia dah sebelum ni pernah pergi buat spec dekat kedai lain (baru), orang tu check acuh tak acuh, last-last sampai ke sudah tak selesa pakai, rupanya sebab salah buat power!

Kedai spec viral murah

Bila dah check mata, rupanya power masih stabil, cuma disebabkan Ann selalu menghadap laptop, jadi mata pun penat.

Kedai spec viral murah

So, diorang recommend Ann buat spec baru dengan cermin yang boleh block uv-light.

Alpha Blue 420 Lens

Alpha Blue 420 lens atau cermin Alpha Blue 420 ni sangat-sangat disarankan buat yang:

  1. Selalu memandu malam
  2. Pekerja/pelajar yang menghadap laptop/pc/smartphones dalam tempoh yang lama.

Pernah tak kalau drive, bila kereta dengan lampu depan yang berwarna putih lalu dari arah yang bertentangan, tiba-tiba rasa sakit sangat mata? Atau macam kes Ann, selalu rasa letih sangat mata dan sakit kepala lepas seharian hadap laptop?

Tu maknanya, mata kita memerlukan cermin mata yang mampu menghalang blue light atau ultraviolet ray dari terus ke mata. So dengan cermin Alpha Blue 420 ni, cahaya takkan menembusi cermin dan terkena direct pada mata, ertikata lain, cahaya tu akan terpantul balik bila terkena cermin Alpha Blue 420 ni.

Kedai spec viral murah

Dahlah bagus, tahan lasak pulak tu. Orang kedai tu siap ketuk-ketuk dan gosok kat kaca, sikit pun tak calar. Jenis yang tak pandai jaga cermin mata macam Ann ni sesuai sangat lah haha! Best kan? So takde lagi alasan taknak buat kerja atau drive malam sebab no more tired eyes!

Terlajak Murah!

Kalau biasanya, cermin mata mesti mahal bila add on UV protection kan? Lagi-lagi power tinggi 7.00 ke 7.50 macam Ann ni, for sure package dah RM 600-700 terbang melayang begitu sahaja.. Merayu mintak harga student, ha baru lah dapat murah sikit.

Tapi dekat Eye Pro Vision ni, harga basic (cermin+frame) RM65, hanya tambah RM60 je untuk cermin Alpha Blue lens, dan RM200 untuk nipiskan cermin (bagi power tinggi 7.00-7.50), so total Ann buat dalam RM 300 macamtu je.

Haha Ann kalau buat kat kedai lain, cermin biasa je pun takkan kurang dari RM 400 punyalah. Tu pun kalau cermin biasa. Ni siap UV protection lagi. So kalau power rendah (4.00 ke bawah) pulak, harga cuma RM125 je untuk cermin+bingkai (RM65) + cermin Alpha Blue 420 (RM60). Murah sangat kan?

Yeay spec baru!

Kedai spec viral murah

Banyak pilihan bingkai!

Kalau jenis fussy, kedai ni sesuai sangat buat u guys. Lebih dari 2,000 jenis bingkai yang kita boleh try. Duduk lah seharian kat sini test satu-satu. Hehe.. Lepastu pulak, tak payah tunggu berhari-hari, dalam masa sejam je dah siap!

Kedai spec viral murah

So you guys nak buat spec, boleh la try buat dekat Eye Pro Vision. Serious puas hati! Dengar-dengar cermin multifocal pun, RM250-550 je pun dah boleh dapat dekat sini. Kalau kat luar mau beribu.. Nak buat transition lens yang bila kena cahaya jadi gelap tu pun tambah RM60 je.

Happy je rasa dapat cermin mata murah!

Benda baik kenalah share kan? Kot ada yang tak percaya, boleh la pergi tengok sendiri.

Kedai dibuka setiap Isnin-Ahad (termasuk cuti umum) dari jam 11.00 pagi – 9.00 malam.

Lokasi: EYE PRO VISION

G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.

Atau boleh hubungi:
William +6016 377 1304

Selamat bercermin mata baru!

Kedai spec viral murah

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  1. Pingback: KEDAI SUNGLASSES MURAH SUNGEI WANG PLAZA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge